Indeks Pengangkutan China Meningkat Cepat

2022-03-14 13:10:31  CRI
Share with:

Institut Pengajian Sais Kementerian Pengangkutan China hari ini mengeluarkan Indeks Perkhidmatan Pengangkutan China (CTSI) bagi bulan Januari dan Februari lalu.

Menurut data tersebut, CTSI bagi dua bulan tersebut meningkat 4.4% berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan mencatat 153.8 mata secara puratanya. Melihat dari sektor yang berlainan, indeks pengangkutan kargo meningkat 4.1%,  merekod 188.2 mata secara puratanya, manakala indeks pengangkutan penumpang meningkat 4.7%, mencecah 83.8 mata secara puratanya.

CISI yang berdasarkan jumlah pengangkutan penumpang dan kargo melalui landasan kereta api, lebuh raya, kapal dan penerbangan awam, menggambarkan prestasi keseluruhan pengangkutan negara ini.