Vaksin Sinovac Boleh Digunakan untuk Kanak-kanak di Filipina

2022-03-14 14:52:17  CRI
Share with:

Biro Pentadbiran Makanan dan Perubatan Filipina telah memberikan permit kepada vaksin Sinovac untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur enam tahun ke atas pada Sabtu lalu.

Pengerusi IP Biotech Group Filipina, Enrique Gonzales menyatakan bahawa pemvaksinan dalam golongan kanak-kanak dengan menggunakan produk Sinovac dipercayai boleh memberikan perlindungan kepada golongan tersebut serta mengukuhkan keberhasilan yang dicapai negaranya dalam melawan wabak COVID-19. Terpilihnya vaksin Sinovac sebagai komponen rancangan vaksinasi kepada kanak-kanak dipercayai kondusif bagi merealisasikan sasaran vaksinasi terhadap seramai 39 juta kanak-kanak di Filipina.

Tambah beliau, data penyelidikan berkenaan menunjukkan bahawa vaksin Sinovac merupakan pilihan amat selamat bagi kanak-kanak dan belia.