100 Hari Perkhidmatan Tren China-Laos

2022-03-14 15:09:13  CRI
Share with:


 


 Perkhidmatan tren China-Laos merekodkan pengendalian pengangkutan sebanyak 1.2 juta tan kargo yang 280 ribu daripadanya adalah rentas sempadan, selain turut membawa 1.8 juta penumpang.

Demikian statistik berhubung pengoperasian tren China-Laos yang memasuki hari ke-100, pada Sabtu.

Persekitaran yang selamat, hijau, cekap dan mudah merupakan faktor bagi penduduk tempatan untuk menjadikan kereta api tersebut sebagai pilihan utama bagi melakukan perjalanan.

Setakat ini, lebih 360 kereta api kargo rentas sempadan telah dibuka di 13 provinsi dan bandar di China untuk mengeksport barangan ke luar negara termasuk Laos, Myanmar, Kemboja, Thailand, Vietnam, Malaysia, Singapura, Bangladesh dan lain-lain.

Selain itu, perkhidmatan kargo sehenti Ekspres Lancang-Mekong juga diperkenalkan yang membolehkan masa perjalanan antara Kunming, China dengan Vientiane, Laos dikurangkan kepada 26 jam sahaja.

Menurut Naib Ketua Pengarah Stesen Kunming Timur, China Railway Group, Li Hongxing, jumlah kategori kargo yang dibawa oleh tren China-Laos telah melebihi 20 jenis, termasuk getah, baja kimia, produk elektronik, fotovolta, telekomunikasi, kenderaan, tekstil, sayur-sayuran dan bunga segar.

"Sejak pengoperasian tren China-Laos, kos pengangkutan kargo dari Vientiane ke Kunming berkurangan sebanyak 40% hingga 50%, selain kos di laluan domestik Laos dikurangkan 20% hingga 40%," kata Li.