"Ekonomi Telinga" Tingkatkan Kualiti Hidup OKU

2022-03-14 14:56:45  CRI
Share with:

Hidupkan kad bunyi, klik pada perisian rakaman dalam komputer, dan Ma Qiong mula merakam novel audio dengan mikrofon.

Bagi para pendengar, mungkin tidak menjangka bahawa peneraju audio yang melakukan peranan berbeza tersebut merupakan seorang pesakit lumpuh yang berkerusi roda.

Berusia 38 tahun, Ma yang tinggal di daerah Yaohai, bandar Hefei, provinsi Anhui lumpuh akibat kemalangan ketika berusia 14 tahun.

Pada 2017, tanpa disengajakan, beliau terlibat dalam industri audio dan menjadi peneraju dalam platform perkongsian audio.

"Sebagai seorang OKU cacat teruk, saya bimbang tidak dapat bekerja. Tetapi kini saya hanya memerlukan komputer dan peralatan rakaman untuk membolehkan saya memperoleh pendapatan stabil di rumah melalui suara saya.

"Inilah yang tidak pernah saya fikirkan sebelum ini," kata Ma.

Selaras dengan perkembangan Internet dan ekonomi digital di China, pelbagai jenis pekerjaan baharu telah menyediakan lebih banyak peluang kepada golongan OKU untuk mengejar impian mereka.