Pihak AS Diminta Berikan Jawapan mengenai Bio-makmal di Ukraine

2022-03-15 11:34:09  CRI
Share with:

Mnghadapi dokumen, gambar, objek fizikal dan bukti lain yang ditemui oleh Rusia di Ukraine, pihak AS hanya menggunakan perkataan "maklumat palsu" sebagai penjelalsannya, ini sukar memujuk dan meyakinkan orang ramai. Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata demikian semalam.

Zhao menyatakan bahawa, menurut maklumat yang sudah didedahkan, terdapat puluhan bio-makmal di Ukraine yang beroperasi di bawah perintah Jabatan Pertahanan AS yang bertangungjawab terhadap bajet operasinya sebanyak USD200 juta (RM840.4 juta) lebih.

Tentang maklumat tersebut, Zhao turut mengeluarkan pertanyaan kepada AS bahawa AS sentiasa mengiklankan apa yang dipanggil 'keterbukaan dan ketelusan'. Jika AS memanggilnya 'maklumat palsu', mengapa AS tidak mengeluarkan maklumat terperinci untuk membuktikan mereka tidak bersalah? Di manakah USD200 juta yang dibiayai oleh AS pergi? Apakah penyelidikan yang AS lakukan terhadap patogen mana? Kedutaan di Ukraine telah memadam semua dokumen yang berkaitan di laman webnya. Apakah yang mereka cuba sembunyikan? Mengapa Amerika Syarikat secara eksklusif menentang penubuhan mekanisme pengesahan pelbagai hala untuk Senjata Biologi Konvensyen selama 20 tahun? Jika Amerika Syarikat mahu membuktikan mereka tidak bersalah, mengapa tidak membuka makmal biologi ini untuk siasatan bebas oleh pakar antarabangsa?

Zhao sekali lagi menggesa Amerika Syarikat mengambil sikap yang bertanggungjawab, membuat penjelasan menyeluruh mengenai aktiviti ketenteraan biologinya, dan menghentikan penentangan eksklusifnya terhadap penubuhan mekanisme pengesahan untuk Konvensyen mengenai Larangan Senjata Biologi. Beliau menegaskan bahawa ini akan membantu memulihkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap pemenuhan kewajipan antarabangsa Amerika Syarikat, dan juga akan membantu meningkatkan tahap biosekuriti global.