Wang Yi Menelefon Menteri Luar Indonesia

2022-03-15 14:02:27  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi menghubungi rakan sejawatnya dari Indonesia Retno Marsudi melalui telefon semalam. Situasi Ukraine dijadikan tumpuan dalam perbincangan telefon tersebut.

Retno menyatakan bahawa Indonesia kekal menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah negara lain, menyeru perang berkenaan dihentikan segera, menggalakkan dialog untuk meredakan situasi dan mencegah berlakunya krisis kemanusiaan. Negaranya bersedia memperkasakan komunikasi dan penyelarasan dengan China dalam hal tersebut.

Dalam perbincangan itu, Wang Yi membentangkan pendirian China dalam isu Ukraine dan menyatakan China akan terus memainkan peranan konstruktif untuk mengelakkan krisis kemanusiaan daripada berlaku.

Wang menekankan, China menyokong usaha mengukuhkan kerangka kerjasama di rantau ini yang berpaksikan ASEAN. Kami mengalu-alukan negara luar rantau ini memainkan peranan yang aktif demi kedamaian dan kestabilan rantau ini, tetapi cubaan yang mencipta pergolakan dan ketegangan di rantau ini bahkan mencetuskan perlawanan di rantau ini atau menjadikan negara kecil dan sederhana sebagai alat perlawanan negara besar tidak diizinkan. China menyokong Indonesia selaku pengerusi Kumpulan 20 Negara (G20), forum utama kerjasama ekonomi antarabangsa, mengetepikan gangguan dalam mendorong agenda dialog dan kerjasama G20 yang sedia ada.