China Bersedia Dorong Perkembangan OKU Dunia

2022-03-15 13:35:00  CRI
Share with:

Setelah berlangsung selama sembilan hari, Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing melabuhkan tirainya pada hari Ahad.

Kontinjen China yang secara puratanya berumur 25 tahun menduduki tempat teratas dalam kutipan pingat dan kutipan pingat emas, iaitu prestasi paling baik dalam sejarah.

Menurut Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Andrew Parsons, Paralimpik Musim Sejuk kali ini dikendalikan dengan menarik, selamat dan mengagumkan, sekali gus menjadi penanda aras bagi penganjuran temasya yang seterusnya.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian menyatakan bahawa temasya sukan edisi ini dilihat menyuntik elemen keyakinan, persahabatan dan harapan kepada dunia, serta akan tercatat dalam sejarah sukan bagi golongan kurang upaya (OKU) di dunia.

"Hampir 600 peserta kurang upaya dari 46 negara dan wilayah telah memaparkan keberanian pada Sukan Paralimpik Musim Sejuk.

"Mereka cuba mencabar keupayaan masing-masing yang secara tidak langsung mentafsirkan nilai-nilai Paralimpik iaitu 'berani, tekad, motivasi dan sama rata," ujarnya dalam satu sidang media pada Isnin.

Menurut Zhao, Sukan Paralimpik Musim Sejuk di Beijing turut menggalakkan perkembangan sukan ais dan salji golongan OKU, di samping mendorong peningkatan persekitaran yang muhibah bagi golongan tersebut di bandar penganjur selain pembinaan masyarakat inklusif.

Pencapaian paralimpik China turut memaparkan kelebihan sistem bagi perkembangan OKU, iaitu selaras dengan usaha negara Tembok Besar untuk memperkaskaan hak asasi setiap insan.