Kejayaan Sukan Paralimpik Musim Sejuk Cerminkan Pembangunan Hak Asasi di China

2022-03-15 15:17:29  CRI
Share with:

Seramai 600 atlet orang kurang upaya (OKU) dari 46 buah negara dan wilayah bertanding dalam Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 yang berlangsung selama 9 hari di Beijing dan turut menakrifkan konsep nilai-nilai Paralimpik yang melibatkan "ketabahan, tekad, penggalakan dan kesamarataan ", sekali gus menyuntik keyakinan dan tenaga kepada dunia yang sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.

Turut menjadi tumpuan kali ini ialah skuad China menobatkan diri dalam ranking keseluruhan pingat dan ranking pingat emas, iaitu pencapaian terbaik negara ini dalam sejarah Sukan Paralimpik Musim Sejuk. Ini juga memperlihatkan perkembangan sukan OKU dan kejayaan ketara yang dilakar dalam usaha menjamin hak asasi di negara ini.

Kemudahan mesra OKU, platform perkhidmatan pintar tanpa halangan, sistem liputan siaran dengan menggunakan bahasa isyarat dan perkhidmatan sukarelawan yang ikhlas dan ramah merupakan cerminan tentang sikap tuan rumah yang berperikemanusiaan, dan juga berperanan memaparkan konsep dan perlindungan hak asasi manusia di China kepada seluruh dunia.

China benar-benar memenuhi komitmen yang membabitkan golongan OKU dalam kehidupan sosial secara saksama sehingga mereka menjadi semakin relevan dalam pembangunan tanah air.

Kejayaan temasya sukan kali ini bukan sahaja memperlihatkan pembangunan hak asasi di China, tetapi juga menunjukkan peri pentingnya pembangunan secara inklusif , sekali gus menyumbangkan buah fikiran China dalam usaha menambahbaik tadbir urus hak asasi global.