Pencabulan Hak dan Kepentingan Kanak-kanak Teruk di AS

2022-03-16 14:38:18  CRI
Share with:

Wakil China mengeluarkan keprihatinan terhadap pencabulan hak dan kepentingan kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) ketika berdialog dengan wakil khas Setiausaha Agung bagi isu kanak-kanak dalam persidangan ke-49 Majlis Hak Asasi Manusia PBB semalam.

Menurut beliau, terdapat kanak-kanak migran yang bermastaudin di AS ditahan di Pusat Imigrasi dalam tempoh masa yang panjang sehingga golongan itu terpaksa hidup berpisah dengan ibubapa dan menderita kesengsaraan serta penganiayaan. Oleh itu, China menyeru AS agar segera menghentikan perbuatan berkenaan.

Selain itu, wakil China mendedahkan bahawa menurut tinjauan berkenaan, jumlah kes kekerasan pistol meningkat 30% ke atas di AS dalam tempoh penularan pandemik COVID-19. Antaranya, jumlah kanak-kanak ditembak cedera pula bertambah secara mendadak.

Seramai 44,750 orang terbunuh akibat kekerasan senjata termasuk 1,533 remaja dan kanak-kanak di bawah umur 17 tahun di AS pada 2021.

Manakala, kes kekerasan senjata mengakibatkan 40,359 orang tercedera termasuk 4,107 orang remaja dan kanak-kanak di bawah umur 17 tahun.

China mendesak AS menjalankan langkah berkesan untuk menyelesaikan masalah penggunaan senjata secara sewenang-wenangnya demi memastikan hak dan kepentingan kanak-kanak terjamin.