Ekonomi China Pamer Momentum Positif, Suntik Keyakinan Rejuvenasi Ekonomi Dunia

2022-03-16 16:06:34  CRI
Share with:

China memperlihatkan tanda-tanda positif dalam statisitik pengoperasian eknominya untuk dua bulan pertama tahun ini, sekali gus menyuntik keyakinan kepada pasaran antarabangsa.

Demikian diumumkan jurucakap Biro Statistik Negara China, Fu Linghui dalam sidang media di sini pada Selasa.

Menurut beliau, data menunjukkan bahawa indeks permintaan pengeluaran menaik, ekonomi beroperasi dengan kadar rasional dan harga pengguna lebih rendah daripada jangkaan.

Di samping itu, kadar pengangguran di bandar masih stabil, sementara trend pembangunan dipacu inovasi adalah baik dan industri teknologi canggih berkembang dengan stabil.


"Berikutan penularan wabak COVID-19 yang berulang-ulang, unjuran pasaran terhadap pertumbuhan tahun ini adalah tidak konsisten.

"Justeru,  statistik pengoperasian ekonomi pada bulan Januari dan Feburuari dianggap sebagai petunjuk bagi pihak luar untuk membuat pemerhatian awal bagi sepanjang tahun ini," ujar Fu.

Beliau berkata, ramai pakar berpendapat bahawa statistik ekonomi China tersebut telah melebihi jangkaan asal termasuk pembinaan infrastruktur yang menyumbang besar dalam pertumbuhan ekonomi  mampan.

Untuk rekod, pembinaan infrastruktur meningkat 8.1 peratus pada bulan Januari dan Februari lalu berbanding tempoh sama tahun 2021 apabila ia hanya mencatat 0.4 peratus.

Dalam perkembangan lain, prestasi pelaburan dalam industri pembuatan pula cemerlang dengan peningkatan sebanyak 20.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Bagi kadar pertumbuhan purata selama dua tahun untuk kenderaan tenaga alternatif, robot penggunaan industri, mesin pengangkutan dan kelengkapan komputer mikro pula, ia dilihat menyumbang sebanyak lebih 10 peratus.

Selain itu, industri teknologi canggih menjadi tonggak utama bagi peningkatan pelaburan industri pembuatan, yang selaras dengan dasar China iaitu mengekalkan kadar industri pembuatan secara stabil dan menggalakkan industri berkembang ke arah bermutu tinggi.