AS Diharap Tunaikan Janjinya dengan Tindakan Bersungguh-sungguh

2022-03-16 12:07:56  CRI
Share with:

Pertemuan peringkat tinggi antara China dan Amerika Syarikat (AS) diadakan lagi di Rom, ibu negara Itali pada 14 Mac waktu tempatan. Kedua-dua pihak telah menjalankan komunikasi yang terus-terang, mendalam dan konstruktif, bersetuju bersama-sama melaksanakan konsensus yang tercapai pemimpin kedua-dua negara dan bersedia mencipta lebih banyak syarat bagi mendorong hubungan bilateral kembali ke landasan betul dengan menuju ke arah yang sihat dan stabil.

Pertemuan ini merupakan komunikasi empat mata antara pegawai kanan kedua-dua pihak secara fizikal selepas pertemuan pemimpin yang diadakan secara maya pada bulan November tahun lalu.

Dalam pertemuan kali ini, China sekali lagi membentangkan pendirian dalam isu Taiwan, Xinjiang, Tibet dan Hong Kong, dan menunjukkan bahawa kesemua isu yang melibatkan kepentingan teras negara tersebut adalah urusan dalaman China, sebarang campur tangan dari luar tidak diizinkan, dan mana cubaan pun yang mahu membendung dan menindas China melalui isu-isu tersebut hanya akan menjadi sia-sia sahaja. Ini dilihat sebagai amaran China terhadap AS, serius dan jelas, yang juga garis batasan bagi hubungan dua hala.

Sebagai hubungan bilateral yang paling penting di dunia, hubungan China-AS mempunyai konotasi yang bukan sahaja terbatas dalam lingkungan dua hala sahaja,  malah berperanan memikul tanggungjawab istimewa dalam melindungi keamanan dan kestabilan dunia. Pegawai kanan kedua-dua negara juga telah bertukar-tukar pendapat mengenai situasi Ukraine yang merupakan isu yang diberi perhatian paling besar oleh masyarakat antarabangsa pada masa ini. China komited untuk menggalakkan rundingan damai, yang juga perlu disokong bersama-sama oleh masyarakat antarabangsa agar rundingan antara Ukraine dan Russia mencapai hasil yang substantif dengan secepat mungkin.

AS diharap mendengar cadangan tersebut dengan baik, mengambil tindakan dengan bersungguh-sungguh untuk menangani krisis Ukraine, dan berhenti bertindak sebaliknya bahkan menyebarkan maklumat palsu untuk memutarbelitkan fakta dan memfitnah pendirian China.