Kawalan Wabak Yang Ketat di China Tidak Banyak Pengaruh Kehidupan dan Ekonomi

2022-03-17 15:17:17  CRI
Share with:

Setelah menjalani pemantauan atau kuarantin selama tiga hari di rumah dan kedua-dua keputusan COVID-19 negatif, Satria hari ini diizin keluar.

 

Puncanya, minggu lalu Satria pernah melawat ke Kota Larangan (Forbidden City), kebetulan seorang pesakit melaporkan juga melawat sana pada hari yang sama.

 

Satria segera melaporkan kepada jawatankuasa komuniti dan sekeluarga diminta untuk duduk di rumah selama dua hari untuk pemantauan dan doktor akan datang ke rumah dua kali untuk mengadakan pemeriksaan COVID untuk kami.

 

Mungkin ada orang fikir Kota Larangan begitu luas, kemungkinan ada kontak dengan pesakit itu kecil sangat, adakah pengurusan ini keterlaluan? Sebab mengganggu kerja Satria dan persekolahan anak.

 

Kalau bagi perseorangan memang ada gangguan. Bagaimanapun, Satria terus menguruskan kerja melalui internet dan bagi anak Satria, kursus dalam talian pula dilengkapi sejak awal 2020 dan kekal beroperasi hingga hari ini. Maka guru pula memberi penjelasan kepadanya secara maya setiap hari (sebenarnya sibuk juga belajar di rumah ya!).

 

Tapi kalau melihat dari jangka yang lebih panjang, ini merupakan kali pertama Satria dikuarantin sejak tahun 2020. Kehidupan Satria sebenarnya tidak mengalami gangguan besar.

 

Media Barat juga suka membesar-besarkan berita kawalan pergerakan seluruh bandar di China, kononnya kos terlalu besar dan mengganggu kehidupan orang ramai.

 

Tapi kali melihat dari sudut yang lebih luas, ketika jutaan orang terkawal pergerakannya, kebebasan lebih 1.4 bilion orang China terjamin.

 

Ketika media Barat membuat laporan mengenai perkembangan di China, selalu suka tambah satu persoalan, “but at what cost?”

 

Kos memang akan dipertimbangkan oleh China dan juga Barat ketika menangani pandemik.

 

Sebab pemeriksaan COVID secara besar-besaran, perubatan terhadap setiap pesakit positif dan pemvaksinan semuanya perlu peruntukan kerajaan yang luar biasa. Tambah lagi gangguan ekonomi ekoran kawalan pergerakan.

 

Oleh itu, banyak negara Barat memilih respons yang mengurangkan kos ekonomi, iaitu membatalkan semua kawalan wabak.

 

Tapi bagi kerajaan China, kami mempertimbangkan kos nyawa, dan bersedia menghadap impaknya terhadap ekonomi.

 

Setakat ini dasar “zero COVID” masih berkesan di China, ia berjaya menurunkan kadar kematian COVID-19 di China ke tahap terendah, pada masa yang sama, impaknya terhadap ekonomi China pula tidak sebesar seperti diada-adakan dalam laporan media Barat.

 

China juga selalu menumpukan perkembangan pandemik dan virus untuk mengubahsuaikan prosedur kawalan wabak, menjamin kesihatan rakyat, menjamin kehidupan normal dan menjamin keselamatan rantaian pengeluaran dan bekalan.

 

China juga telah membuka laluan hijau kepada pelbagai syarikat transnasional dan program kerjasama, sasarannya beransur-ansur memulihkan logistik dan pergerakan individu.