China Seru Prihatin Jenayah Bunuh Kanak-kanak Afghanistan

2022-03-17 14:52:14  CRI
Share with:

Wakil China mengeluarkan keprihatinan terhadap jenayah membunuh kanak-kanak di Afghanistan yang dilakukan Amerika Syarikat (AS), Britain dan Australia ketika berdialog dengan wakil khas Setiausaha Agung bagi isu kanak-kanak dan konflik bersenjata dalam persidangan ke-49 Majlis Hak Asasi Manusia PBB semalam.

Menurut beliau, kanak-kanak Afghanistan hidup dalam kancah kesengsara dalam tempoh 20 tahun dari tercetusnya Perang Afghanistan hingga pengunduran tentera AS dari negara itu.

Pada 2005 hingga 2019, sekurang-kurangnya 26 ribu kanak-kanak negara itu terbunuh dan tercedera dalam peperangan. Pada 2016 hingga 2020 pula, kira-kira 1,600 kanak-kanak terbunuh dan tercedera dalam serangan udara NATO yang diterajui AS, menduduki 40% keseluruhan kematian dan kecederaan penduduk awam di Afghanistan.

Terdapat sejumlah askar dari AS, Britain dan Australia yang melakukan jenayah serius termasuk membunuh kanak-kanak di Afghanistan, masih belum diheret ke meja pengadilan.

China menyeru Majlis Hak Asasi Manusia terus memberi perhatian terhadap isu berkenaan.