Keangkuhan dan Prasangka Kem Barat Terdedah dalam Amalan “Dwistandard Pelarian”

2022-03-17 15:49:39  CRI
Share with:

 15 Mac ulang tahun ke-11 tercetusnya krisis Syria. Statistik terkini diumumkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan sekurang-kurangnya 350 ribu nyawa melayang dan lebih 12 juta orang pula kehilangan rumah dalam tempoh masa 11 tahun lalu. Seramai 14 juta rakyat jelata dilaporkan memerlukan bantuan kemanusiaan. Sehubungan itu, Setiausaha Agung PBB menyeru pelbagai pihak agar menjalankan tindakan hakiki untuk menamatkan malapetaka yang dialami rakyat Syria selama 11 tahun.

 

Namun seruan berkenaan gagal menimbulkan perhatian daripada kem Barat yang diketuai AS. Sebaliknya mereka hanya berfokus kepada isu Ukraine. Berbanding sikap “darah dingin” terhadap pelarian Syria, sikap kem Barat terhadap pelarian Ukraine penuh dengan rasa simpati. Bahkan terdapat sesetengah politikus dan media Barat yang membandingkan pelarian Ukraine dengan pelarian dari Asia Barat dan Afrika dari aspek paras rupa, warna kulit dan rasis.

 Misalnya, seorang pemimpin suatu negara Eropah baru-baru ini menyatakan bahawa pelarian Ukraine berbeza dengan pelarian lain sebelum ini sebab mereka orang Eropah, pintar dan berpendidikan baik. Ini berbeza dengan kelompok pelarian yang muncul sebelum ini yang ada kemungkinan tercampur anasir pengganas, menurut beliau.

Keangkuhan dan prasangka rasis yang sudah berurat berakar dalam mentaliti kem Barat terdedah melalui pendakwaan seumpama ini. Perbuatan dan cakapan mereka yang merupakan amalan “dwistandard pelarian” dan “dwistandard kemanusiaan” secara terang-terangan ini, hanya akan menjadikan pelarian Asia Barat tersinggung.

 

Yang membingungkan itu adalah kenapa sesetengah badan media dan politikus Barat tidak menunjukkan kemarahan kuat apabila melihat Amerika Syariakt (AS) membunuh rakyat yang tidak berdosa di Syria dan Afghanistan? tetapi segera mengangkat bendera “kemanusiaan” tatkala menyentuh isu Ukraine. Jawapannya adalah, penceroboh ke Afghanistan itu adalah AS.

 

Di mana “rasa simpati” kem Barat ketika tentera AS melakukan jenayah di Afghanistan? Hakikatnya, AS memainkan peranan yang sangat keji semasa Perang Afghanistan, Perang Syria dan berlakunya krisis Ukraine. Di mata politikus dan badan media AS, pelarian tak kira dari Asia Barat atau Ukraine, hanya alat untuk digunakan mengaut laba politik dan melindungi hegemoni negaranya.