AS, Teladan Kaki Buli

2022-03-17 15:23:22  CRI
Share with:

Sebagaimana diketahui umum, perbuatan Amerika  Syarikat (AS) dalam sejarah silam menjadikannya terkenal sebagai teladan kaki  buli, atau contoh tipikal dalam amalan 'negara besar membuli negara kecil'.  Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian pada sidang media  semalam.

Ketika ditanyai tentang kenyataan jurucakap  Jabatan Negara AS yang berbunyi bahawa dalam konflik antara Rusia dengan  Ukraine, norma asas antarabangsa “negara besar tidak boleh membuli negara kecil”  telah dijejaskan, Zhao menjawab secara bertanya balik, apakah yang pernah dibuat  AS terhadap Cuba dan Panama pada 1960-an, Grenada pada 1980-an, Republik  Persekutuan Yugoslavia pada 1990-an, Afghanistan dan Iraq pada awal abad ke-21,  serta Syria dan Libya? Kesemua ini adalah contoh tipikal 'negara besar membuli  negara kecil' yang diketahui umum. Kenapa AS membisu tentang perbuatan  sendiri?

"Pendekatan kondusfi bagi menangani krisis  Ukraine adalah dialog dan rundingan, dan bukan 'norma asas antarabangsa  berdasarkan peraturan' yang ditetapkan mengikut piawaian sepihak, atau tekanan  kepada negara lain untuk menyebelah. Jika benar-benar ingin mendorong situasi  semasa di Ukraine menjadi tenang, AS patutlah bersama-sama dengan kebanyakan  negara lain memilih kedamaian dan keadilan," katanya.