ASEAN Tidak Berminat Bentuk Pakatan Ketenteraan
2022-03-17 13:55:43 CRI
ASEAN mementingkan pertembungan ekonomi, dan tidak berminat untuk membentuk pakatan ketenteraan. Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan berkata demikian ketika diwawancara Agensi Berita Bloomberg.
Vivian menyatakan bahawa ASEAN selaku satu pertubuhan yang terbuka dan inklusif bertujuan menumpu kepada integrasi perdagangan dan ekonomi, dan bersedia memperluas kerjasama dengan semua rakan termasuk negara gergasi. Namun, ASEAN tidak berminat terhadap cubaan membentuk pakatan ketenteraan.