Malaysia Kuatkuasa RCEP, Perdagangan China-Malaysia akan Naik Taraf
Kerjasama antara Malaysia dengan China akan dilonjakkan ke tahap baharu berikutan penguatkuasaan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) oleh Malaysia pada esok, dan penaiktarafan perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) 3.0.
Menurut Duta Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin, perdagangan dua hala antara Malaysia dengan China pada 2021 berjumlah USD176.8 bilion, iaitu meningkat 35 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Beliau berkata, perkembangan politik di China bukan sahaja berkaitan dengan pasaran dometik China, bahkan juga memberi kesan terhadap dunia luar, termasuk Malaysia.
"Kami juga sangat menumpukan perhatian kepada cara China untuk mengekang penularan wabak, dan bilakah negara ini membuka semula sempadannya," kata Nushirwan.
Beliau menambah, Malaysia telah menyelesaikan ratifikasi keanggotaan RCEP pada bulan Januari dan ia bakal dilaksanakan tidak lama lagi.
"Perjanjian itu dapat mengurangkan tarif antara pelbagai negara, di samping dapat menggalakkan ketelusan dalam peraturan pelaburan," tambah Nushirwan.
Untuk rekod, China memperlihatkan tanda-tanda positif dalam statisitik pengoperasian eknominya untuk dua bulan pertama tahun ini meskipun persekitaran antarabangsa masih kompleks dan berdepan dengan pelbagai ancaman.
Sementara RCEP dilihat membentuk kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia, China pula giat mendorong penandatangan perjanjian bebas dengan lebih banyak negara dan wilayah.
China baru-baru ini menegaskan lagi komitmennya untuk memelihara sistem perdagangan pelbagai hala, menyertai pembaharuan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) demi mencapai situasi menang-menang.