Perbualan Telefon Xi dengan Presiden Turkmenistan

2022-03-17 12:55:10  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping berbual dengan Presiden Turkmenistan sekarang, Gurbanguly Berdimuhamedow dan Presiden yang baru terpilih, Serdar Berdimuhamedow petang semalam.

Xi mengucapkan tahniah atas kelancaran dalam pilihan raya presiden Turkmenistan, sekali lagi merakamkan tahniah atas terpilihnya Serdar Berdimuhamedow sebagai Presiden Turkmenistan yang baharu dan menyampaikan harapan agar Turkmensitan mencapai kejayaan yang lebih besar dalam pembangunan negara.

Xi menyatakan bahawa China yang amat mementingkan hubungan dengan Turkmenistan, akan terus menyokong pelaksanaan dasar dalam dan luar Turkmensitan, menentang kuasa luar mencampuri urusan dalaman negara itu, dan bersedia berpegangan tangan membina komuniti berkongsi nasib China-Turkmenistan yang lebih rapat.

Xi menekankan, kedua-dua pihak telah menetapkan arah kerjasama utama pada masa depan melalui rancangan lima tahun yang termeterai tentang kerjasama antara kerajaan, dan dikehendaki terus mendorong kerjasama dalam bidang sumber tenaga dan gas asli, menggalakkan penyelarasan strategik dalam pelaksanaan "Inisatif  Jalur dan Laluan" (BRI) anjuran China dan "Pembangkitan Jalan Sutera" anjuran Turkmensitan, serta mempertingkat kerjasama yang saling menguntungkan demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Menghadapi situasi antarabangsa dan rantau yang rumit dan sensitif, kedua-dua pihak dikehendaki mengekalkan komunikasi tepat pada waktunya dan menjalankan koordinasi yang pantas, mengekalkan amalan multilateralisme yang benar dan menyumbangkan tenaga kepada pendemokrasian hubungan antarabangsa dan kesaksamaan dan keadilan antarabangsa.

Kedua-dua pemimpin Turkmenistan tersebut menyatakan pihaknya bersedia berusaha bersama-sama dengan China untuk mendorong kerjasama substantif dari segenap aspek.