Kumpulan Pakar Perubatan China Bantu Kemboja Melawan COVID-19

2022-03-17 13:44:04  CRI
Share with:

Kumpulan pakar perubatan China yang terdiri daripada 12 doktor perubatan tradisional Cina tiba di Phnom Penh, Kemboja pada Rabu lalu untuk  membantu memerangi  pandemik COVID-19 di negara itu.

Setiausaha Negara Kementerian Kesihatan Kemboja, Oeun Boraroth menyambut kedatangan kumpulan pakar China di lapangan terbang. Beliau dalam ucapannya berkata, pakar perubatan China dijangka memainkan peranan penting bagi berkongsi pengalaman membendung penularan wabak dengan doktor Kemboja. Beliau juga menzahirkan terima kasih kepada China atas bantuan sejumlah besar ubat-ubatan tradisional Cina kepada negaranya dengan berkata ubat-ubatan tersebut terbukti berkesan dalam merawat pesakit COVID-19.

Ketua kumpulan pakar China, Xu Fengqin berkata, mereka bukan sahaja akan menyediakan perkhidmatan perubatan tradisional Cina dan pengubatan kombinasi tradisional Cina-Barat kepada Kemboja dalam misi kali ini, tetapi juga akan menganjurkan latihan, menawarkan brosur dan menggubal kursus untuk anggota perubatan tempatan, dan menyediakan perkhidmatan pencegahan dan kawalan penyakit umum termasuk COVID-19 serta perkhidmatan pemulihan kepada penduduk tempatan.