Yang Dimahui oleh "Raja Perang" Adalah Perang Yang Berterusan

2022-03-18 13:32:15  CRI
Share with:

20 Mac nanti adalah hari lahir Satria, kebetulan juga tarikh Amerika Syarikat (AS) mencetuskan Perang Iraq.

 

Satria juga ingat kawan semeja ketika di Universiti, namanya Sasmiya, lahir pada 24 Mac, tarikh AS mencetuskan Perang Persekutuan Yugoslavia.

 

Lama kelamaan, Satria mendapati bahawa ini bukan kebetulan. Negara “raja perang” ini mengadakan perang di negara luar pada hampir setiap hari.

 

Sejak penuhuhan AS pada tahun 1776, hanya 16 tahun negara itu tidak terlibat dalam perang.

 

Sejak 1945 hingga 2001, sebanyak 248 kali konflik ketenteraan tercetus di dunia, dan 201 daripadanya dicetuskan oleh AS.

 

Manakala, perang yang dicetuskan atau disertai oleh AS di Afghanistan, Iraq, Libya, Syria dan lain-lain sejak 2001 telah mengekorkan lebih 900 ribu orang korban, termasuk 387 ribu orang ramai.

 

Malah, banyak negara di Aisa Timur juga menjadi korban dalam perang yang dicetuskan oleh AS.

 

Kira-kira 1.5 juta askar dan 2 juta orang awam di Vietnam terkorban dan terlibat perang manakala lebih 3 juta penduduk terpaksa melarikan diri ke luar negara.

 

Penggunaan agen oren pasukan AS di Vietnam membunuh 400 ribu orang Vietnam, yang lebih teruk, mengekorkan lebih 500 ribu bayi mutan dilahirkan selepas perang.

 

Jangan lupa mengeboman AS terhadap Kedutaan Besar China di Persekutuan Yugoslavia pada 1999, dan mengakibatkan bangunan dihancurkan sehingga tiga warga China terbunuh.

 

Mengapa AS giat mencetuskan perang di seluruh dunia? Sebab senjata antara barangan yang bernilai paling tinggi dan pasarannya di medan.

 

Berdasarkan Insitut Pengajian Kedamaian Antarabangsa Stockholm (SIPRI), jualan senjata dari AS menduduki kirkira 40% di dunia!

 

Dalam tempoh 2017-2021, perdagangan senjata global menurun 4.6% dengan pelbagai unsur termasuk pandemik. Tapi jualan senjata AS meningkat 14%!

 

Ini telah menjelaskan dalam konflik Rusia dengan Ukraine mengapa AS tidak membantu mewujudkan rundingan damai, sebaliknya mengenakan sekatan sepihak kepada Rusia dan juga menyediakan senjata kepada Ukraine.

 

Meskipun jualan senjata Rusia di pasaran global hanya separuh berbanding AS, tapi masih pesaing terbesar bagi AS, khususnya di beberapa pasaran penting seperti India, kedua-dua pihak ada persaingan yang dahsyat.

 

Bagi AS, ini juga peluang baik untuk terus memperkukuh dominasinya di pasaran Eropah. Pada beberapa tahun ini, Eropah memperlihatan trend yang semakin berdikari dari sistem keselamatan NATO yang dipegang oleh AS, berusaha menubuhkan tenteran Kesatuan Eropah sendiri.

 

Peniaga senjata dari Eropah juga menjadi satu pesaing yang tak boleh diremehkan. Sudah tentu AS tak berkenan dengan situasi ini.

 

Jikalau perang di Ukraine berlarutan semakin panjang, keselamatan Eropah semakin bergantung kepada AS.

 

Kita telah menyaksikan Jerman menambahkan belanjawan ketenteraan secara besar-besaran.

 

Berdasarkan maklumat terkini yang didedahkan, Jerman berancang membeli 35 buah jet F-35 dari Lockheed Martin.

 

Menyediakan senjata kepada Ukraine hanya “kos kecil”, kontrak dari Eropah barulah perniagaan besar.

 

Tapi “kos kecil” termasuk menghantar puluhan ribu orang ramai memegang senjata ringan yang disediakan oleh AS untuk menghadapi kenderaan berperisai Rusia.

 

Hak asasi manusia? Itu hanyalah sebahagian daripada perniagaan saja.

 

Yang dimahui oleh AS bukan perang yang menang, tapi perang yang berterusan.