Dominasi Barat Terjejas Ekoran Sekatan Kewangan Sewenang-wenangnya

2022-03-18 14:11:28  CRI
Share with:

Sejak Rusia melancarkan tindakan ketenteraan terhadap Ukraine, negara-negara barat yang diketuai Amerika Syarikat (AS) mengambil tindakan sekatan ekonomi terutamanya langkah sekatan kewangan yang digunakan dengan sewenang-wenangnya terhadap Rusia untuk beberapa pusingan. Ini telah mengundang kritikan daripada tokoh pelbagai kalangan.

Menteri Kewangan Rusia, Anton Siluanov menyatakan pada 13 Mac lalu bahawa hampir separuh daripada rizab pertukaran asing dan emas milik negaranya yang bernilai kira-kira USD640 bilion (RM2.69 trilion) telah dibeku ekoran sekatan Barat.

Akhbar harian AS, The Wall Street baru-baru ini menyiarkan satu artikel yang menyatakan bahawa tindakan kem Barat yang menjadikan sistem kewangan antarabangsa sebagai 'senjata' akan melahirkan pengaruh yang berkekalan. Sekarang terdapat 78% rizab antarabangsa milik negara membangun berbentuk pertukaran asing. Sekatan Barat terhadap Rusia menunjukkan bahawa rizab pertukaran asing mereka berkemungkinan direbut pada bila-bila masanya.

Terdapat beberapa pakar pula menyatakan bahawa langkah AS yang menggunakan sekatan kewangan dengan sewenang-wenangnya akan menggalakkan sejumlah negara mengambil strategi de-dolarisasi, sehingga dominasi AS dalam bidang kewangan akan terjejas. Menurut data daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), nisbah modal dolar Amerika dalam rizab bank pusat di pelbagai negara sudah menurun daripada 71% kepada kira-kira 59% pada suku tahun ketiga tahun lalu, catatan terendah dalam tempoh 26 tahun lalu.