Mengapa AS Sia-sia Lagi dalam Melawan Wabak COVID-19?

2022-03-19 15:21:49  CRI
Share with:

Tentang langkah kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang membatalkan rancangan bantuan wabak COVID-19, Speaker Dewan Perwailan, Nancy Pelosi kelihatan tersinggung ketika ditanya soalan tersebut berulang kali oleh wartawan pada 17 Mac waktu tempatan. Ini sekali lagi menunjukkan satu kenyataan bahawa di satu-satunya negara 'superpower' dunia ini, bagaimana laba politik didahului daripada nyawa rakyat dan bagaimana politikus yang sentiasa menjadikan 'pembelaan hak asasi' meniti di bibir mereka itu mengabaikan dan menginjak-injak hak hidup rakyat jelata.

Ketika mengimbau kembali langkah-langkah AS dalam melawan wabak COVID-19 dalam tempoh dua tahun lalu, boleh didapati bahawa proses itu selalu dihantui pertarungan politik. Hakikatnya, dari sama ada pelaksanaan dasar vaksinasi secara wajib atau tidak hingga pengagihan dana pencegahan wabak, hampir setiap keputusan yang melibatkan pecegahan wabak kelihatan tidak terlepas dari pergaduhan politik. Pada beberapa hari yang lalu, Mahkamah Agung AS membuat satu keputusan yang tidak mengizinkan pelaksanaan vaksinasi wajib, yang dilihat turut menggagalkan pelaksanaan dasar Rumah Putih yang berkaitan. Jumlah kes jangkitan COVID-19 di AS masih kekal melambung, tetapi masyarakat negaranya nampaknya sudah berada dalam keadaan kebas. Ada penganalisis berpendapat bahawa sebahagian daripada sebabnya ialah kadar kematian orang Afrika Amerika, Hispanik dan Orang Asli lebih tinggi daripada orang kulit putih, dan golongan golongan tersebut tidak pernah menjadi tumpuan masyarakat AS.

Dalam sesi ke-49 Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang sedang berlangsung di Geneva, para hadirin dari pelbagai negara mengeluarkan keprihatinan besar terhadap tindakan kekerasan polis dan pencabulan hak dan kepentingan kanak-kanak di AS. Wakil tetap China ke PBB, Chen Xu menyatakan bahawa hidup bahagia adalah hak asasi manusia yang paling besar. Para politikus AS didesak menilai semula lakuannya. Mereka yang asyik mengaut laba politik, bergelut dalam pergaduhan antara parti tanpa mengendahkan hak asasi rakyatnya hanya akan menjadikan usaha melawan wabak sia-sia lagi.