UNSC Bincangkan Lagi Makmal Biologi AS di Ukraine

2022-03-19 15:04:16  CRI
Share with:

Sebarang bukti berkaitan dengan kegiatan biologi untuk kegunaan ketenteraan seharusnya mendapat keprihatinan masyarakat antarabangsa. Pihak terbabit semestinya menjelaskan semua asal usulnya ketika membalas persoalan umum.

Demikian dinyatakan Wakil China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun dalam sidang Majlis Keselamatan  Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) pada Jumaat.

China menyarankan untuk melarang dan  membinasakan kesemua senjata pemusnah besar-besaran termasuk senjata biologi dan kimia, membentuk mekanisme pemeriksaan Konvensyen Larangan Senjata Kimia seawal mungkin, yang dipercayai kondusif bagi peningkatan taraf keamanan biologi global.