AS Diharap Tunjuk Keikhlasan

2022-03-20 14:25:32  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dalam perbualan dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Joe Biden secara maya malam semalam menekankan bahawa kami bukan sahaja perlu memandu hubungan China-AS berkembang menyusuri landasan yang betul, malah perlu memikul tanggungjawab antarabangsa sewajarnya supaya memberi manfaat kepada keamanan dan kesejahteraan dunia.

Kini, konflik bersenjata Rusia-Ukraine yang tercetus ekoran hasutan NATO yang diketuai AS masih berlangsung. Namun, AS sebagai penyebab krisis Ukraine enggan memikul tanggungjawab sendiri, malah mengalihkan pertentangan dan mengaut keuntungan sehingga membawa lebih banyak cabaran terhadap hubungan bilateral China-AS dan keamanan dunia. Perbincangan pemimpin kedua-dua negara yang dilakukan secara maya ini dilihat sangat signifikan bagi dua negara terbabit dan seluruh dunia.

Joe Biden menegaskan bahawa pihaknya tidak akan mengejari "perang dingin baharu" terhadap China, tidak bertujuan mengubahi sistem China dan menentang China melalui perikatan persekutuan, tidak menyokong kuasa "Merdeka Taiwan" dan mencetuskan konflik dengan China. Xi pula mendedahkan bahawa situasi hubungan China-AS kini tidak terlepas dari kegagalan AS dalam menunaikan janjinya dan kesalahfahaman AS terhadap China yang sering dipandang sebagai "musuh khayalan".

Xi pula menunjukkan bahawa terdapat sesetengah orang AS yang mengeluarkan isyarat yang salah kepada kuasa "Merdeka Taiwan". Hal ini sungguh membahayakan. Menurut beliau, hubungan China-AS akan terbabas dari landasan perkembangan yang betul jika masalah Taiwan gagal ditangani dengan baik.

Tatkala menyentuh krisis Ukraine, Xi menegaskan bahawa "langkah kecemasan" kini adalah meneruskan rundingan dialog, mengelakkan kematian dan kecederaan rakyat jelata, mencegah krisis kemanusiaan dan menghentikan pertempuran seawal mungkin. Pada waktu yang sama, "visi untuk jangka masa panjang" pula memerlukan kedua-dua pihak saling menghormati, menghindarkan diri daripada terperangkap dalam mentaliti perang dingin dan membatalkan pertentangan persekutuan, di samping beransur-ansur membentuk struktur keselamatan global dan serantau yang seimbang, berkesan dan berterusan. Inilah usaha baharu dilakukan China untuk menyelesaikan krisis Ukraine.

Pihak mana yang menyebabkan tercetusnya krisis, dialah paling sesuai untuk menyelesaikan krisis itu. Dengan demikian, AS diharapkan boleh menunaikan janjinya dan melaksanakan kata sepakat yang tercapai pemimpin kedua-dua negara dengan menjalankan tindakan hakiki. Masakan masuk akal jika AS meminta sokongan dan kerjasama daripada China, sambil mengutuk, memfitnah dan mengancam China dengan beralasan sekatan.