Keunggulan Ekonomi China pada Banyak Aspek
Keunggulan ekonomi China boleh kelihatan dari banyak aspek. Tommy Xie, ahli ekonomi dari bank OCBC Singapura berkata demikian ketika diwawancara oleh wartawan Agensi Berita Xinhua baru-baru ini.
Tommy Xie menyatakan bahawa China mampu melaksanakan penggubalan dasar yang pantas bagi mengatasi tamparan terhadap sektor pembekalan. Mendepani melambungnya harga sumber tenaga dan komoditi pukal di seluruh dunia baru-baru ini, kerajaan China telah mengambil langkah kawalan yang berbagai untuk menanganinya. Keunggulan milik China ini dipercayai berguna dalam mengurangkan tamparan terhadap sektor pembekal dan pengaruh negatif terhadap pertumbuhan ekonomi.
Selain itu, Tommy Xie menganggap bahawa tenaga alternatif berkemungkinan memainkan peranan yang makin penting dalam ekonomi China. Kedudukan peneraju China dalam sejumlah bidang berkenaan akan menjadi keunggulan miliknya dalam persaingan ekonomi di persada antarabangsa.