Kereta Api China-Laos yang Bertolak dari Mongolia Dalam yang Pertama
Kereta api pengangkutan kargo antarabangsa China-Laos yang bertolak dari Wilayah Autonomi Mongolia Dalam yang pertama beroperasi semalam.
Larian kereta api kargo itu bertolak dari Taman Logistik Antarabangsa Qisumu, bandar Ulanqab, seterusnya keluar wilayah China dari pintu sempadan Mohan, provinsi Yunnan, dan akhirnya tiba di Vientiane, Laos 10 hari kemudian.
Pengarah Jabatan Pengeluaran dan Pengangkutan Syarikat Logistik Aisa-Eropah, Cui Xuesong berkata, setelah kereta api China-Laos beroperasi, masa pengangkutan boleh dipendekkan separuh berbanding menerusi jalan raya. Sementara itu, pengisytiharan kepada kastam juga boleh dilakukan dalam taman logistik. Dengan demikian, bukan sahaja keefisienan pengangkutan dapat ditingkatkan, tetapi juga kos urus niaga pun dapat dikurangkan.