Jambatan Midspan Suspension Terpanjang Beropreasi di Turki

2022-03-20 15:20:18  CRI
Share with:

Jambatan Canakkale 1915 Tukri yang dikenali  sebagai jambatan midspan suspension yang paling panjang di dunia mula beroperasi kelmarin.

Pada majlis perasmian berkenaan, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, jambatan terbabit dilihat menyumbang kepada  pembangunan sosioekonomi dan penyediaan peluang kerja, dan dijangka boleh  membantu negaranya menjimatkan kos sebanyak 415 juta Euro (RM1.9 bilion) setiap  tahun melalui penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan karbon serta  penggunaan masa yang terbabit.

Syarikat Jalan dan Jambatan Sichuan yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan Turki itu memaklumkan,  pengoperasian jambatan iitu menandakan "Binaan China" sekali lagi diharumkan  namanya di persada antarabangsa.

Jambatan yang mempunyai midspan suspension  sepanjang 2,023 meter itu, melangkaui Selat Dardanelle di sebelah barat Laut Marmara, Turki, dan menyambungkan benua Eropah dengan Asia. Pelayaran feri  selama kira-kira satu jam antara kedua-dua belah Selat boleh digantikan dengan  perjalanan kereta selama 6 minit sahaja bermula masa  sekarang.