Salji Bunga Pic di Beijing dan Krisis Bahan Makanan Global

2022-03-21 17:21:36  CRI
Share with:

Selepas salji turun pada hari Khamis dan Jumaat lalu di Bejing, hari ini suhu di sini kembali ke lebih 10 darjah selsius.

 

Fenomena salji turun pada musim bunga di China ini dipanggil “salji bunga pic”. Puisi kuno China bersuara "sajli teongk angin musim bungai lambat datang, turun di kebun macam bunga telah berkembang".

 

Sebagai orang biasa, pastinya kita akan menikmati fenomena indah tersebut sebaik mungkin sebab ia jarang-jarang berlaku.

 

Tapi, bagi para petani khususnya, ini boleh dikatakan sebagai “salji rezeki” kepada mereka.

 

Oleh kerana suhu sudah tak begitu rendah, maka salji akan mencair cepat dan “salji binga pic” ini akan membawa manfaat kepada pertanian, khususnya di bahagian utara China yang amat kering.

Justeru, para petani di China boleh tersenyum besar menantikan pungutan baik lagi pada tahun ini.

 

Bagi China yang mempunyai lebih 1.4 bilion populasi, pertanian merupakan hal yang amat penting sebab berkaitan dengan bekalan makanan.

 

China mengisi perut hampir satu perlima daripada keseluruhan penduduk dunia dengan sembilan peratus tanah pertanian serta enam peratus sumber air tawar, dan ia tentunya bukan suatu yang mudah dicapai.

 

China berusaha menjamin kapasiti pengeluaran domestik, didorong sains dan teknologi. Bekalan gandum dan beras sudah mencukupi. Bagaimanapun, China juga mengimport lebih 100 juta tan bahan makanan yang lain setiap tahun, terutamanya kacang soya dan jagung.

 

Namun begitu, situasi global yang kurang stabil buat masa ini telah membawa ancaman kepada keselamatan makanan global.

 

Dalam banyak perihal, makan adalah sesuatu perkara yang pokok.

 

Media Jerman baru-baru ini menganalisis bahawa bekalan gandum dari Rusia dan Ukraine menduduki 30% daripada seluruh dunia.

 

Konflik antra kedua-dua negara telah mengekorkan kenaikkan harga gandum sebanyak 40% pada awal bulan ini, sementara harga roti di negara Barat turut meningkat.

 

Lebih parah, Rusia dan Ukraine juga merupakan negara pengeksport minyak dan baja penting di dunia.

 

Media Barat mungkin hanya melihat gangguan perang ini terhadap kehidupan mereka buat sementara. Tapi Impak konflik ini terhadap pertanian dunia jauh lebih besar.

 

Penanaman bahan makanan di kedua-dua negara pada musim bunga ini turut terganggu, kekurangan bekalan makanan di pasaran antarabangsa pada tahun ini boleh dibayangkan.

 

Menghadapi situasi tersebut, beberapa negara pengeluar bahan makanan di dunia termasuk Indonesia telah mengeluarkan sekatan terhadap pengeksportan produk pertanian.

 

Impak terbesar terhadap Eropah mungkin bukan kekurangan roti, tapi mereka bakal menerima pelarian dari Afrika dan Asia Barat yang membanjiri Eropah ekoran kelaparan.

 

Kalau melihat dari sudut yang lebih luas, berdasarkan Pusat Pembangunan Global yang beribu pejabat di Washington, jikalau tidak membatalkan sekatan terhadap pengeksport bahan makanan Rusia, kenaikan harga pelbagai barangan pada tahun ini akan mengekorkan lebih 40 juta penduduk di dunia ini berada dalam keadaan kemiskinan ekstrem, iaitu kos kehidupan sehari di bawah USD1.9.

 

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dan Program Bahan Makanan Dunia PBB (WFP) juga memberi gambaran bahawa sekitar 44 juta penduduk dari 38 buah negara akan kelaparan pada tahun ini.

 

Jelas, sekatan sepihak Barat tidak membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya mengekorkan masalah yang lebih besar, bahkan membawa impak teruk lagi kepada Barat.

 

Kini, yang paling mendesak bagi dunia ialah menggalakkan Rusia dan Ukraine menyelesaikan konflik melalui rundingan, dan juga mencari penyelesaian muktamad bagi jaminan keselamatan terhadap keseluruhan Eropah, bukan hanya bagi negara NATO, malah juga untuk Ukraine dan Rusia.