RCEP Manfaatkan Peniaga dan Rakyat
Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akan memperlancar perdagangan antara ASEAN dengan China serta pelbagai negara dialog yang lain.
Demikian ujar Naib Pengerusi Persatuan Perniagaan China-ASEAN (CABA), Datuk Goh Hin San kepada Kumpulan Media China (CMG) dalam seminar tentang persiapan syarikat Malaysia terhadap RCEP, pada Jumaat.
Tambah beliau, RCEP yang berkuatkuasa di Malaysia pada hari tersebut juga akan meningkatkan ketelusan dari sudut dasar.
"Pelbagai dasar yang bermanfaat akan diterima oleh para peniaga dan rakyat," ujar Goh.
Turut hadir pada sidang tersebut adalah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong dan Menteri Penasihat Kedutaan China di Malaysia, Zhang Peidong.