AS Bekalkan Sistem Patriot kepada Arab Saudi

2022-03-21 12:40:48  CRI
Share with:

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah membekalkan sejumlah besar sistem pertahanan peluru berpandu Patriot ke Arab Saudi pada bulan lalu.

Seorang pegawai kanan Washington pada Ahad menyatakan, tindakan tersebut bertujuan untuk memastikan Arab Saudi mampu menangkis serangan kumpulan militan Houthi ketika hubungan AS dengan Arab Saudi berada dalam situasi tegang buat masa ini.

Menurut laporan media AS, hubungan antara kedua-dua negara itu menjadi semakin buruk sejak Biden memegang jawatan Presiden, disebabkan AS tidak menyokong Arab Saudi mencampuri konflik di Yaman dan keputusan White House untuk menggugurkan nama Houthi daripada senarai kumpulan pengganas.