Kebakaran Hutan Landa Texas, 218 Kilometer Persegi Terjejas

2022-03-21 12:56:33  CRI
Share with:

Menurut laporan terkini Agensi Penjejakan Kebakaran Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, kebakaran hutan yang melanda Texas telah menyebabkan seorang maut, sekurang-kurangnya 140 rumah musnah dijilat api, dan kawasan seluas lebih 218 kilometer persegi di 11 kaunti terjejas.

Kebakaran itu telah berlarutan selama tiga hari dan kini kira-kira 30% kebakaran terkawal.