Rakyat Afganistan Tuntut AS Pulangkan Aset

2022-03-21 14:22:40  CRI
Share with:

Wakil beberapa pertubuhan rakyat Afghanistan mengadakan perhimpunan pada Ahad, menuntut Amerika Syarikat (AS) memulangkan aset Afghanistan yang dibekukannya. Mereka turut mendakwa AS ialah pencetus masalah di merata-rata tempat dunia.  

Dalam perhimpunan itu, seorang ketua pertubuhan telah membaca surat kepada presiden AS, Joe Biden sebagai berkata, AS melancarkan perang Afghanistan yang membawa kemusnahan kepada kampung halaman rakyat Afghanistan. Sekarang, Afghanistan amat memerlukan dana untuk membina semula kampung halaman, namun AS membeku aset bank pusat Afghansitan di negara itu yang menjadikan kehidupan rakyat Afghanistan bertambh susah.      

Kata ketua pertubuhan itu, AS satu-satunya negara yang mencetuskan masalah di dunia. Mereka sedang menimbulkan perselisihan di Ukraine sepertimana membuat kekacauan di Afghanistan.