EU Gagal Capai Konsensus tentang Embargo Tenaga terhadap Rusia

2022-03-22 13:04:15  CRI
Share with:

Mesyuarat menteri luar negara anggota Kesatuan Eropah (EU) diadakan di ibu pejabat EU di Brussels, Belgium semalam, membincangkan peningkatan sekatan ke atas Rusia. Namun mereka gagal mencapai konsensus tentang embargo tenaga terhadap Rusia.

Menurut Reuters, menteri luar Lithuania dan Ireland menggesa EU meningkatkan sekatan ke atas industri tenaga Rusia dan melaksanakan embargo minyak sebagai sebahagian daripada sekatan pusingan kelima terhadap negara itu.

Sementara itu, Jerman dan Belanda menentang cadangan tersebut, kerana Jerman amat bergantung kepada tenaga dari Rusia.

Menurut penganalisis, kegagalan EU dalam mencapai kata sepakat mengenai embargo tenaga terhadap Rusia bermakna Eropah dan Amerika Syarikat (AS) tidak dapat menggembleng tenaga dalam isu berkenaan, dan ia juga akan membayangi lawatan  Presiden AS Biden ke Eropah pada minggu ini.