Zhang Bidi, Tukang Kraftangan Ukiran Tempurung Kelapa

2022-03-22 12:32:01  CRI
Share with:


Zhang Bidi, orang kelahiran bandar Qionghai, provinsi Hainan yang berumur 53 tahun, mula menceburkan diri dalam pembuatan kraftangan ukiran tempurung kelapa pada 2015.

Seni ukir tempurung kelapa sudah disenaraikan sebagai warisan budaya tidak ketara peringkat kebangsaan pada 2008.

“Saya yakin seni kraftangan tempurung kelapa berpotensi besar dalam pasaran”, kata Zhang Bidi.

Beliau mengetuai perantisnya menjalankan kerja penerokaan, reka bentuk, membeli bahan tempurung kelapa dari petani, menghasilkan karya ukiran tempurung kelapa dan menubuhkan satu syarikat untuk memasarkannya. Usaha selama beberapa tahun lalu menyaksikan peningkatan pendapatan ratusan petani yang berperanan sebagai pembekal bahan mentah, dan penglibatan ramai perantis yang bersemangat keusahawanan dalam bidang tersebut yang berturut-turut memulakan kerjaya sendiri.

Zhang Bidi berharap seni kraftangan ini boleh dibelajari dan diwarisi oleh lebih ramai orang muda pada masa hadapan.