China Sedia Tingkatkan Kerjasama dengan Afrika

2022-03-22 14:40:46  CRI
Share with:

Krisis Ukraine memberi tempias besar kepada situasi Eropah, malah dunia. Walaupun dunia ini besar dan ada banyak masalah, tetapi benua Afrika tidak patut dilupakan dan diketepikan, malah tidak patut menjadi mangsa.

Demikian kata sepakat yang dicapai Menteri Luar China, Wang Yi dengan rakan-rakan sejawatnya dari Zambia, Algeria dan Tanzania dalam rundingan baru-baru ini.  

Jurucap Kementerian Luar, Wang Wenbin dalam sidang akhbar semalam telah memberi taklimat tentang hasil rundingan tersebut.

Beliau berkata, China telah mencapai kata sepakat dengan tiga negara tersebut dalam bidang meningkatkan kerjasama membendung wabak dan perubatan, bersama membina Inisiatif Jalur & Laluan (BRI), memberikan bantuan kepada pembangunan Afrika, menggalakkan proses demokrasi hubungan antarabangsa, meningkatkan koordinasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa pelbagai hala serta merapatkan persahabatan tradisional antara satu sama lain.