Kenapa Angkasawan Menjadi "Gemuk"?

2022-03-22 15:10:13  CRI
Share with:

angkasawan Wang Yaping

Tiga angkasawan kapal Shenzhou-13 baru-baru ini didapati menjadi "lebih gemuk" apabila mereka tampil menjemput golongan belia di Bumi untuk mengikuti sesi kedua "Kuliah Tiangong".

Perubahan ketara yang dilihat pada wajah mereka menjadi tular dalam kalangan netizen.

Ramai yang bertanya, adakah faktor penyusunan diet di stesen angkasa lepas merupakan penyebab utama angkasawan menjadi "lebih berisi"?

angkasawan Zhai Zhigang

Veteran angkasawan, Nie Haisheng, yang pernah tiga kali menjalankan tugas di ruang angkasa, turut memberi penjelasan lanjut berhubung perkara ini.

Menurut beliau, fenomena angkasawan menjadi "gemuk" adalah tindak balas fisiologi normal dalam badan.

angkasawan Ye Guangfu

Ketika kehilangan graviti, cecair yang berada dalam tubuh manusia lebih beredar kepada bahagian kepala dan ia adalah antara penyebab utamanya.

Difahamkan, tiga angkasawan iaitu Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu dijadual kembali ke Bumi pada pertengahan April selepas selesai misi selama enam bulan di stesen angkasa lepas.