Berilah Kedamaian, Bukan Senjata

2022-03-22 15:23:04  CRI
Share with:

"Pemberian bantuan ketenteraan oleh China kepada Rusia adalah berita palsu, dan China membantah keras tuduhan yang bukan-bukan tersebut." kata Duta Besar China ke Amerika Syarikat (AS), Qin Gang ketika diwawancara Columbia Broadcasting System (CBS) pada Ahad.

Setelah tercetusnya konflik antara Rusia dengan Ukraine, beberapa ahli politik dan media dari AS mengedarkan khabar angin tentang China, seperti China mungkin akan menyediakan bantuan ketenteraan kepada Rusia. Beberapa negara Barat lantas percaya akan khabar angin tersebut dan terus mengedarkannya lagi. Pegawai AS malah mengancam akan mengenakan sekatan ke atas firma China kerana khabar angin tersebut.

Sejak krisis di Ukraine tercetus, China berusaha mendorong rundingan damai serta mengemukakan enam cadangan untuk mencegah berlakunya krisis kemanusiaan di Ukraine. Pada masa yang sama, China telah menghulurkan banyak bantuan kemanusiaan kepada negara itu termasuk makanan, ubat-ubatan, beg tidur dan susu tepung. Namun China tidak memberikan satu pun senjata kepada mana-mana pihak terlibat. China akan terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepadas Ukraine berdasarkan perkembangan situasi dan keperluan negara itu.


Walau bagaimanapun, AS terus bergabung dengan negara-negara Barat untuk mengenakan sekatan ke atas Rusia di samping menyediakan bantuan ketenteraan dalam kuantiti besar kepada Ukraine. Langkah tersebut menjadikan situasi bertambah buruk.

Menurut memorandum yang ditandatangani oleh presiden AS pada 16 Mac lalu, Pentagon akan menambah bantuan senjata bernilai USD800 juta termasuk sejumlah besar senjata ofensif kepada Ukraine.

Berbanding dengan sikap China yang komited mendorong rundingan damai dan menyediakan bantuan kemanusiaan, AS bertegas menyediakan bantuan ketenteraan dan memperhebat sekatan sepihak. Siapa yang memelihara kedamaian dan siapa yang mencetuskan konfrontasi? Jawapannya senang sahaja, dan dapat dilihat jelas oleh masyarakat antarabangsa.