Xi: Sedaya Upaya Giatkan Operasi SAR

2022-03-22 11:26:19  CRI
Share with:

Sebuah pesawat Boeing-737 kendalian syarikat penerbangan China Eastern yang membawa 132 orang, terhempas di Wuzhou, wilayah Guangxi China petang Isnin.

Presiden China, Xi Jinping segera membuat arahan supaya melancarkan mekanisme kecemasan dan menjalankan kerja mencari dan menyelamat (SAR) di tempat kejadian.

Beliau mengarahkan Dewan Negara menghantar pegawai kanan untuk mengetuai kerja penyiasatan punca tragedi tersebut, di samping meningkatkan ujian menyeluruh terhadap risiko keselamatan yang mungkin terwujud dalam sektor penerbangan awam untuk menjamin keselamatan penerbangan dan nyawa rakyat.