AS, Penerima Manfaat Terbesar Konflik Rusia, Ukraine

2022-03-23 13:18:22  CRI
Share with:

"Sejak tercetusnya konflik Rusia dan Ukraine, Pentagon, K Street, korporat industri ketenteraan, dan seluruh Capitol secara senyap-senyap membuka champagne untuk meraikannya!" Demikian kenyataan Franklin C. Spinney, bekas pegawai Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini yang secara terus menyifatkan AS sebagai penerima manfaat terbesar daripada konflik Rusia-Ukraine.

Seperti yang diulas oleh Spinney, konflik Rusia-Ukraine adalah hasil manipulasi politik. AS, pencetus krisis Ukraine, bukan sahaja mengaut banyak keuntungan untuk kompleks perindustrian tenteranya sendiri, mengekang Rusia melalui sekatan yang semakin meningkat, malah juga menghalang usaha Eropah untuk mencapai kebebasan strategik, serta memperkukuh tindakan hegemoni Amerika.

Krisis Ukraine sekali lagi membuktikan bahawa AS ialah dalang di sebalik pergolakan dunia. 'Dalang' itu tidak menghiraukan tanggungjawabnya sendiri, sebaliknya menyalahkan lagi negara lain.

Baru-baru ini, The New York Times telah berulang kali menyebarkan khabar angin yang menyebut China sudah "tahu" tindakan ketenteraan Rusia lebih awal dan "meminta Rusia melancarkan operasi selepas Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing berakhir". Selepas pengesahan oleh media, "pegawai kanan yang enggan namanya didedahkan" yang dipetik akhbar itu adalah dari Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih. Ahli politik AS dan media mengada-adakan pembohongan, cuba mengabaikan tanggungjawab mereka, menyalahkan China, dan memecahbelahkan China dan Rusia. Adakah rutin seperti ini sudah biasa?

Mengimbas kembali sejarah, tidak sukar untuk mendapati bahawa jika AS tidak mendorong peluasan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke timur, menghantar senjata ke Ukraine, dan sentiasa menghakis ruang hidup strategik Rusia, bagaimana keadaan di Ukraine berkembang hingga ke hari ini? Adakah Rusia terpaksa mengambil tindakan balas tentera? Kini, pencetus krisis itu mendakwa bahawa Rusia telah menerima "sokongan" China untuk mengambil tindakan ketenteraan, ia sama sekali pembohongan sahaja.