Tanam Cendawan Mulakan Kerjaya Baharu

2022-03-23 12:07:00  CRI
Share with:

Pada Julai 2007, Liu Jia yang bekerja dalam sebuah syarikat elektronik di bandar Shenzhen ketika makan dengan kawan-kawan kebetulan mendapati cendawan jenis Morel yang pernah dilihatnya pada masa kecil di gunung, mempunyai rasa yang sedap dan nilai komersial yang tinggi, dan berasa gembira kerana segera mendapat ilham untuk menanamnya. 

Pada hujung 2012, pemuda kelahiran kampung Wenyu di mukim Baoan kaunti Luonan provinsi Shaanxi ini memutuskan meletakkan jawatan di Shenzhen dan pulang ke kampung halamannya memulakan percubaan penanaman cendawan Morel. Dua tahun kemudian, percubaan Liu yang bertungkus-lumus berhasil. 

Kini, Liu sudah mengembangkan sayapnya sehingga mempunyai 77 bangsal dan satu makmal seluas 200 meter persegi, dan berkemampuan membekalkan 2.4 juta bungkusan benih cendawan kepada pengusahatani setempat. Seramai 53 orang penduduk kampung dilaporkan mendapat peluang kerja semasa perkembangan industri tersebut dan memperoleh pendapatan tambahan purata RMB20,000 (RM13,204) setiap tahun.