LMC Dinamikkan Pembangunan Negara-Negara Serantau
Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) merupakan mekanisme kerjasama subrantau pertama yang mengutamakan bincang bersama, bina bersama dan kongsi, yang dianggotai oleh semua negara di sepanjang aliran sungai berkenaan. Dengan usaha bersama enam negara anggota, LMC berkembang baik sejak ditubuhkan enam tahun dahulu, sehingga menjadi mekanisme kerjasama subrantau yang paling berdinamik dan berpotensi, dan mendorong pembangunan negara-negara telibat malah menjadi contoh bagi pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Minggu ini ialah Minggu Lancang-Mekong. LMC dilancarkan semasa sidang pemimpin pertama mekanisme diadakan di Sanya, provinsi Hainan pada 23 Mac 2016.
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang taklimat pada Rabu lalu berkata, jumlah dagangan antara China dengan lima negara di kawasan aliran Sungai Mekong mencatat kira-kira USD400 bilion pada 2021 dan bertambah kira-kira 23 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya. Ini memberikan sumbangan besar terhadap pemulihan ekonomi negara-negara tersebut serta kemakmuran serantau.