Rang Resolusi Isu Kemanusiaan Ukraine Gagal Dilulus

2022-03-24 15:05:35  CRI
Share with:

Rang resolusi mengenai isu kemanusiaan Ukraine gagal diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan dua undi setuju dan 13 undi menentang, dalam pengundian yang diadakan pada Rabu.

Rusia dan China membuang undi setuju ke atas rang yang dikemukakan oleh Rusia tersebut.

Wakil Tetap China ke PBB, Zhang Jun dalam ucapannya selepas pengundian menjelaskan, China telah mengemukakan enam cadangan tentang situasi kemanusiaan di Ukraine di samping menghulurkan barang bantuan kemanusiaan kepada Palang Merah Ukraine. China mengalu-alukan semua cadangan dan langkah yang membina untuk meredakan dan menyelesaikan krisis kemanusiaan di Ukraine.

Beliau menambah bahawa China membuang undi setuju adalah untuk mendorong masyarakat antarabangsa memberikan perhatian tinggi terhadap situasi kemanusiaan di Ukraine. Sementara itu, China menyeru pihak-pihak terlibat memperkasakan penyelarasan, melindungi keselamatan rakyat jelata khususnya golongan wanita dan kanak-kanak, serta memberikan kemudahan kepada pengunduran dan pemberian bantuan kemanusiaan.