'Pembela Hak Asasi' Sekali Lagi Mungkir Janjinya

2022-03-24 14:17:08  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken baru-baru ini mendakwa akan mengenakan sekatan visa ke atas sebahagian pegawai China di dalam dan luar wilayah China dan di wilayah AS.

Dalam kenyataan yang disiarkan melalui portal Jabatan Negara tersebut, Antony Blinken mendakwa, "AS komited untuk mempertahankan hak asasi manusia di seluruh dunia dan akan terus menggunakan semua langkah sama ada diplomatik atau ekonomi untuk memacu sistem akauntabiliti."

Ironiknya ahli politik AS yang berhutang paling banyak dalam isu hak asasi manusia di dunia, sekali lagi memutarbalikkan fakta dan menjalankan hegemoni menggunakan alasan 'hak manusia', memperlihatkan hipokrit dan dwistandard sebagai apa yang disebut 'pembela hak asasi'.

Sehari sebelum kenyataan Blinken, iaitu 20  Mac, merupakan hari ulang tahun ke-19 tercetusnya perang Iraq yang mengakibatkan 200 ribu rakyat jelata terbunuh. AS hingga sekarang tidak dapat menunjukkan sebarang bukti yang menyokong pelancaran perang itu.

Jumlah mangsa yang menderita peperangan yang tercetus oleh AS tak terbilang, termasuk di Iraq, Afghanistan, Syria, Ukraine dan lain-lain. Fakta membuktikan bahawa AS ialah penceroboh hak asasi manusia yang paling besar di dunia.

Bertopengkan nilai AS, negara itu mencetuskan perang, menimbulkan perselisihan dan membawa kesengsaraan kepada rakyat seluruh dunia.

Tidak lama sebelum kenyataan Blinken tersebut, pemimpin China dan AS telah mengadakan perbincangan melalui vedio. Presiden Joe Biden menegaskan lagi komitmen kepada China, iaitu AS tidak menggalakkan perang dingin yang baharu, tidak akan mengubah sistem negara China, tidak akan meningkatkan hubungan persekutuan untuk menentang China dan tidak menyokong 'kemerdenaan Taiwan'.

Sehubungan dengan itu, Presiden China, Xi Jinping menyatakan bahawa "Beberapa pegawai AS tidak melaksanakan konsensus kita, malah tidak mengamalkan pendirian presiden Biden dengan baik-baik.”Inilah membawa hubungan China-AS ke situasi buat masa ini.