Pendidikan Baik 'Beri Sayap' kepada Kanak-kanak Pedalaman Xinjiang

2022-03-24 16:25:20  CRI
Share with:

Reskam, kampung terpencil di kaunti autonomi Taxkorgan berpenduduk etnik Tajik yang terletak di Dataran Tinggi Pamir di Kashgar, wilayah Xinjiang.


Perjalanan dari situ ke kaunti Taxkorgan adalah sejauh 250 kilometer.


Pada masa dahulu, unta dan kuda pernah menjadi satu-satunya medium pengangkutan bagi anak murid yang menghuni kawasan pergunungan untuk pergi ke sekolah di kaunti itu.


Sepanjang perjalanan, kanak-kanak juga terpaksa merentasi gunung yang beraltitud setinggi 5,000 meter dan sungai Yarkand yang bergelora.


Dengan kesungguhan dan sokongan kerajaan tempatan, murid-murid tempatan kini boleh menaiki bas sekolah secara percuma ke sekolah dengan mengambil masa enam jam.


Sejak 2008, Taxkorgan melaksanakan dasar pendidikan percuma untuk semua pelajar selama 15 tahun, iaitu dari tadika hingga sekolah menengah, dan pelajar dari darjah empat hingga enam memasuki sekolah berasrama penuh di kaunti.


Zhang Yuantai, pengetua sekolah rendah berasrama kaunti Taxkorgan menyatakan bahawa kebanyakan daripada 2,669 pelajar sekolahnya adalah anak petani dan pengembala.


Menurut beliau, kini para pelajar juga boleh mengikuti kelas secara serentak dengan pelajar di kawasan maju melalui sistem pendidikan jarak jauh.


Pendidikan jarak jauh telah menjadi mod pengajaran banyak sekolah rendah di sana.

Dalam tempoh sedekad lalu, usaha pendidikan di Taxkorgan berkembang pesat dan melakar kemajuan berterusan.


Menurut statistik jabatan pendidikan, kerajaan tempatan telah memperuntukkan lebih RMB200 juta (RM132.7 juta) untuk menaik taraf fasiliti sekolah dalam tempoh lapan tahun lalu.

Kadar kemasukan pelajar sekolah rendah dan menengah pula naik kepada seratus peratus pada masa ini daripada 75 peratus pada 2006, manakala kadar penerimaan universiti juga meningkat ketara setiap tahun.

Dengan prospek pendidikan yang baik, masa depan bagi kanak-kanak di Dataran Tinggi Pamir juga dijamin untuk menjadi lebih cemerlang kelak.