Ahli G20 Tak Berhak Pecat Keahlian Negara Lain

2022-03-24 12:32:48  CRI
Share with:

Rusia ialah anggota penting dalam Kumpulan 20 (G20), dan mana-mana anggota kumpulan itu tidak berhak untuk memecat keahlian negara lain.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin ketika mengulas tentang Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya dari Barat sedang mengkaji sama ada Rusia masih layak untuk kekal dalam G20, dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Wang menyatakan bahawa G20 sebagai forum kerjasama ekonomi antarabangsa yang penting, telah menghimpunkan entiti-entiti ekonomi utama di dunia.

Pada masa ini, usaha melawan wabak di dunia berada pada masa kritikal, pemulihan ekonomi dunia perlahan, dan unsur tidak menentu dan tidak pasti semakin bertambah. Dalam konteks ini, G20 memikul tanggungjawab besar untuk menerajui usaha melawan pandemik dunia, mengoptimumkan tadbir urus ekonomi global, dan menggalakkan pemulihan ekonomi yang stabil.

Jurucakap itu menegaskan, China menyokong negara pengerusi G20 iaitu Indonesiauntuk memperkasakan kerjasama kumpulan ini dalam segenap aspek, yang bertelaraskan pemulihan bersama dan kuat.