Pelajar Xinjiang Selidik Genetik dan Angkasa Lepas

2022-03-24 13:26:07  CRI
Share with:

Kru kapal angkasa Shenzhou-13 tampil sekali lagi untuk memberikan "Kuliah Tiangong" kedua di Stesen Angkasa Lepas China semalam.

 

Daripada sesi tersebut, pelajar di Beijing, Tibet dan Xinjiang telah mendapat peluang untuk berinteraksi secara terus dengan angkasawan.

 

Para pelajar di Beijing dan Tibet semua berkumpul di muzium sains masing-masing, manakala para pelajar dari Xinjiang pula mengikuti sesi di dalam bilik darjah mereka di Sekolah Menengah Urumuqi ke-70.

 

Tak sangka Satria, fasiliti sebuah sekolah menengah di Xinjiang sudah mampu buat lintas langsung dengan stesen angkasa lepas!

 

Mereka turut menggunakan peluang itu dengan mengajukan pelbagai persoalan yang sangat menarik dan sejujurnya, Satria pun tak terfikir tentang soalan tersebut.

 

Antara soalan yang dikemukakan adalah termasuk ‘bagaimana air mata mengalir dalam angkasa lepas?’ dan ‘adakah kulit angkasawan menjadi lebih baik tanpa graviti?’

 

Yang mengejutkan, seorang pelajar etnik minoriti Xinjiang bertanya, ia sedang melaksanakan percubaan lalat Morgen yang mengaji ilmu genetik menurut buku teks. Lalu dia bertanya bahawa ‘adakah lalat juga boleh dibawa ke stesen angkasa lepas untuk mengadakan percubaan?’

 

Eh? Ilmu yang dikaji oleh pelajar di sekolah menengah sudah begitu hebat? Ketika Satria belajar di sekolah menengah hanya pernah cuba anatomi ikan saja…

 

Penyelidikan ilmu genetik dan angkasa lepas. Inilah yang sedang pelajar di Xinjiang, termasuk pelajar etnik minoriti lakukan. Cuma dalam cerita Barat, mereka sepatutnya berada dalam kem pendidikan semula, dipaksa menanam kapas dan bekerja di kilang.

 

Cerita yang dicipta berdasarkan sejarah kotor Barat diri tidak mungkin menipu dunia, khususnya dunia Islam yang benar-benar mementingkan kaum Islam di Xinjiang.

 

Dalam 60 tahun yang lalu, ekonomi Xinjiang meningkat 160 kali ganda, KDNK per kapita meningkat 30 kali ganda. Jumlah penduduk Uygur menambah dari 2.2 juta kepada 12 juta, umur purata meningkat dari 30 tahun kepada 74.7 tahun. Setiap 530 orang penganut Islam mendapat sebuah Masjid di Xinjiang, kadar ini jauh lebih tinggi berbanding negara Barat bahkan sebahagian negara Islam.

 

Kalau mana-mana pihak jujur, fakta yang Satria berikan ini semuanya sangat mudah disemak.

 

Tatkala negara Barat sibuk mencipta agenda di Xinjiang, negara-negara Islam pula tampil menyokong pendirian China.

 

Kelmarin, Wang Yi sebagai Menteri Luar China buat kali pertama diundang menghadiri Mesyuarat Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

 

Menurut beliau, tamadun China dan Islam pernah memberi sumbangan besar kepada kaum manusia, menghadapi layanan kurang adil dalam zaman moden dan juga berkembang menuju pembangkitan semula.

 

Kita menggalakkan dialog sama rata antara tamadun, menimba kebijakan dari pihak lain, bersama-sama menentang diskriminasi dan pertikaian antara tamadun yang berbeza.

 

China dan dunia Islam telah mencari jalan mengawal persahabatan, bekerjasama menang-menang antara tamadun yang berbeza dan ini menjadi teladan dalam hubungan antarabangsa.

 

Namun nampaknya perkara ini juga buat pihak Barat tidak senang duduk.