Kehidupan Penduduk Tibet Tambah Baik

2022-03-24 15:31:16  CRI
Share with:

28 Mac 2022 merupakan ulang tahun ke-63 pembebasan jutaan hamba tani di Tibet.

Mengimbau kembali sebelum detik bersejarah itu, sayur-sayuran pernah menjadi sinonim dengan barang mewah, yang hanya dapat dinikmati oleh kelas bangsawan feudal dan tidak pernah dirasai hamba tani sepanjang hayat mereka.

Berkat pelaksanaan pembaharuan demokratik, kehidupan rakyat pelbagai etnik di Tibet bertambah baik.

Kini, pengeluaran sayur-sayuran tahunan di Tibet melebihi 840 ribu tan,  sekali gus mampu memenuhi keperluan penduduk tempatan.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan tempatan turut mengambil pelbagai inisiatif untuk menambah baik persekitaran kediaman penduduk.

Seiring dengan peningkatan populariti barangan moden seperti peti sejuk, televisyen berwarna, mesin basuh, komputer, telefon bimbit dan kereta, penduduk tempatan juga dapat menikmati kemudahan kehidupan moden.

Tibet yang terus berkembang pesat bukan sahaja menjadi jendela bagi masyarakat antarabangsa untuk lebih mengenali China, tetapi juga jejambat menghubungkan China dengan dunia.