China Sumbangkan Lagi Kelengkapan Perubatan Kepada Zimbabwe

2022-03-25 12:58:07  CRI
Share with:


Unit perubatan China ke Zimbabwe ke-19 menyerahkan kelengkapan dan barang perubatan dermaan China kepada hospital Parirenyatwa, iaitu hospital milik kerajaan terbesar di negara itu pada Rabu.

Bahan derma kali adalah sebahagian daripada 'projek bantuan China bagi inovasi kesihatan wanita dan kanak-kanak Zimbabwe' dan 'projek bantuan China dalam pendidikan bakat akupunktur di Zimbabwe'.

Ketua Unit Perubatan China ke Zimbabwe, Zhu Wei dalam majlis penyerahan bahan bantuan itu berkata, perhatian orang awam terhadap kesihatan wanita dan kanak-kanak semakin meningkat di seluruh dunia, terutama di negara-negara membangun. 'Projek bantuan China bagi inovasi kesihatan wanita dan kanak-kanak Zimbabwe' akan menyediakan kelengkapan perubatan kepada pesakit tempatan dalam diagnosis penyakit wanita dan kanak-kanak di peringkat awal.