China, Afrika Bergandingan Ke Arah Komuniti Kongsi Nasib

2022-03-25 13:23:12  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping mengemukakan dasar China terhadap Afrika berlandaskan prinsip ikhlas, mesra, penuh percaya dan hasil yang bermanfaat, semasa menyampaikan ucaptama di Tanzania pada Mac 2013.

Konsep itu kemudiannya menjadi pedoman kepada pembangunan hubungan China-Afrika ke arah membentuk komuniti berkongsi nasib pada era baharu. 

Dalam sidang kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) di Johannesburg pada Disember 2015, Xi mencadangkan agar hubungan kedua-dua pihak dinaik taraf kepada perkongsian strategik komprehensif.

Beliau menyatakan bahawa China akan maju bersama dengan Afrika menerusi kerjasama saling menguntungkan.

Tiga tahun kemudian, Xi menemui pemimpin dari 53 negara Afrika sempena berlangsungnya sidang kemuncak FOCAC di Beijing.

China dan Afrika mencapai konsensus strategik iaitu membina komuniti berkongsi nasib yang mengongsi tanggungjawab, mengutamakan kerjasama saling untung, dan maju bersama dari segi budaya serta kesejahteraan rakyat.

Pada November 2021, Xi menghadiri majlis pembukaan mesyuarat peringkat menteri ke-8 FOCAC secara maya dan mengajukan saranan mengenai pembentukan komuniti berkongsi nasib China-Afrika pada era baharu.

Beliau menekankan perlunya China dan Afrika bersatu padu untuk melawan wabak COVID-19, memperdalam kerjasama pragmatik, mendorong pembangunan hijau dan mempertahankan keadilan antarabangsa.