Korban COVID-19 Jimat Bilion Dolar untuk Kerajaan dan Syarikat Amerika
Berdasarkan laman web statistik Worldometer, kematian COVID-19 di AS telah melebihi 1 juta semalam.
Manakala, jika diikutkan statistik Universiti Johns Hopkins, jumlah ini pula telah melebihi 975 ribu.
Angka yang sangat menyedihkan!
Tapi, laporan media utama tempatan adalah, “Americans Are Dying Younger, Saving Corporations Billions”.
Betul, kebanyakan korban COVID-19 di negara itu adalah warga emas. Bagi kerajaan dan syarikat Amerika, pandemik telah membawa faedah tambahan.
Struktur masyarakat menjadi lebih muda, manakala beban bayaran pencen, insurans kesihatan dan pelbagai kos lain bagi kerajaan dan pihak swasta dikurangkan secara drastik.
Dengan propaganda kerajaan dan media Amerika, semua orang fikir COVID-19 macam flu saja dan tak semena-mena biarkan 1 juta orang mati, sekali gus memastikan si mati tidak berpeluang menuntut hak asasi manusia sendiri lagi.
Nyawa yang hilang hanya terbukti dengan sebatang bendera putih yang kecil di depan monument Washington dan itu saja kos yang perlu dibayar oleh kerajaan sekarang.
Biarkan warga emas mati, ini sebenarnya pilihan kerajaan Amerika sejak awal.
Kita mengenang kembali pada tahun 2020, wabak yang tercetus di rumah penjagaan warga emas di Amerika turut dilaporkan di pelbagai negeri Amerika. Berdasarkan statistik kasar New York Times pada 26 Jun tahun itu, 43% kes kematian di negara itu berlaku di rumah penjagaan warga emas.
Manakala, jika dilihat kebarangkalian pelbagai negeri yang sering merahsiakan maklumat dan data berkenaan, mungkin jumlah kematian dalam rumah penjagaan mungkin jauh lebih tinggi.
Melihat situasi terkini, menyebarkan maklumkat bahawa varian Omicron adalah seperti flu saja merupakan sangat tidak bertanggungjawab, khusus bagi kesihatan warga emas.
Mungkin bagi kebanyakan warga dewasa yang dilengkapi penvaksinan, sekiranya mereka terjangkit mungkin tiada simpton teruk, dan mungkin nampak seperti flu saja.
Tapi bagi warga emas yang ramai belum dilengkapi penvaksinan dengan gangguan pelbagai penyakit kronik, Omicron tetap berkemungkinan membunuh mereka.
Yang lebih teruk, mereka berniat menggunakan propaganda ini mempengaruhi China.
AS mempunyai fasiliti perubatan paling maju, syarikat farma paling terkenal dan kekuatan kewangan paling besar, namun masih terdapat lebih 1 juta orang meninggal ekoran COVID-19.
Meskipun kadar penvaksinan lengkap di China mengawal lebih 90%, tapi hanya 40% warga emas dilengkapi dos penggalak buat masa ini.
Dengan sistem perubatan yang ketinggalan dan populasi yang beberapa kali ganda berbanding Amerika, kematian di sini mungkin mencatat puluhan juta.
Tak kira warga emas, orang dewasa atau kanak-kanak, korban ini tidak boleh dibiarkan bagi kerajaan China.